
Sulit
3 tahun
Keputihan sedikit,tapi bila begerak rasa gatal
Saya wanita berumur 18 tahun,saya mengalami keputihan yang buat saya rasa Tak selesa bila bergerak,Tapi klu saya duduk atau Tak bnyk begerak rasa Tak gatal2 pun,tpi klu saya bejalan trus duduk,rasa gatal menyengat… taklah lama jga rasa gatal tu. ada dlm 5 minit,trus hilang. Rasa-rasa ini keputihan normal atau tidak normal?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah keputihan dan kegatalan di faraj. Kami akan cuba membantu anda.
Keputihan kadang kala adalah normal, ia dikaitkan dengan hormon estrogen iaitu apabila seseorang wanita hampir dengan tarikh kedatangan haidnya, lendir yang terhasil adalah lebih likat dan putih.
Walaubagaimanapun, jikalau keputihan tersebut adalah tidak normal, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Penggunaan antibiotik atau steroid
- Vaginosis bakteria
- Pengambilan pil kawalan kehamilan
- Kanser serviks
- Jangkitan kelamin
- Diabetes
- Jangkitan yis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.