
Anonymous
5 tahun
Keputihan selepas datang bulan
Saya wanita 23 tahun. Selepas datang bulan, keputihan saya akan mengalami keputihan dalam jumlah yg banyak, kemudian bau nya juga tidak menyenangkan. Colour berubah dari putih jernih kepada milky white dan gatal setiap kali ia keluar . Adakah saya mengalami jangkitan ? Jika ya, apa yg perlu saya lakukan sebagai rawatan ?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini. Ada dua jenis keputihan iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik.
Antara jangkitan yang menyebabkan simptom keputihan anda adalah:
- vaginosis bakteria (keputihan yang cair, bau yang hanyir selepas bersama)
- trichomoniasis (keputihan berwarna kuning-hijau, berbuih dan berbau busuk)
- jangkitan seksual seperti Chlamydia atau Gonorrhoea
- kebersihan yang kurang memuaskan
Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah anda :
- Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering/ sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
- Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
- Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina
Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih