
Sulit
3 tahun
Keputihan seperti susu basi adakah itu normal
Hello doc saya suda berkahwin umur saya 22 tahun selepas saya berhenti berhubungan intim dengan suami dalam 3 hari saya mengalami kegatalan pada intim wanita dan keluar keputihan seperti susu basi adakah itu normal

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami anda mengalami masalah keputihan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah keputihan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Ada kalanya ia normal, dan ada kalanya ia boleh berpunca daripada jangkitan pada sistem reproduktif. Antaranya :
- Jangkitan candidiasis
- Jangkitan chlamydia
- Bacterial vaginosis
- Vaginitis
Penggunaan alat pencegah kehamilan seperti IUCD juga boleh menyebabkan masalah keputihan. Sekiranya masalah anda berpanjangan, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca masalah anda dan rawatannya. Anda boleh bercakap dengan doktor pakar kami mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.