
wahidamy0208
5 tahun
Keputihan teruk dan gatal
Saya mengalami masalah keputihan yg teruk bermula awal tahun ini.Tidak pasti kenapa.Tetapi keputihan saya kental seperti yis…berbau dan menyebabkan kegatalan serta keradangan di permukaan vagina.untuk makluman saya telah mengambil pil perancang nordette sejak 2 tahun yang lalu.saya telah diberikan ubat yang masuk melalui vagina dan juga krim clotrimazole 1% (canestan) pada bulan 3 dahulu.tetapi tidak berkesan.mohon bantuan doktor ubat antibiotik apa yang perlu saya ambil dan juga cara mengatasi masalah ini.

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Ciri-ciri keputihan fisiologik ialah:
- Lendir yang cair dan tidak melekat
- Berwarna putih atau krim
- Tiada bau
- Jumlah yang sedikit
- Hanya semasa subur dan sebelum haid
- Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Jumlah yang banyak
- Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
- Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Sekiranya anda mengalami keputihan patologik, anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar wanita dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara percuma. Terima kasih.