
Sulit
5 tahun
Keputihan wanita yang berubah tidak seperti keputihan yang sebelumnya. Warna menjadi lain , bau yang tidak menyenangkan , keputihan jadi ketulan dan tebal
Saya wanita berumur 20 tahun. 2 hari lepas keputihan saya jadi lain, hari pertama keputihan jadi ketulan bercampur warna coklat dan bau darah tak terlalu kuat . Hari kedua keputihan menjadi tebal ,warna kelabu sedikit bercampur darah yang cair tidak pekat tapi bau busuk kuat dan keluar cairan yg membuatkan basah di bagaian vagina.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan berbau yang anda alami boleh disebabkan:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Jangkitan penyakit kelamin - jika ada melakukan hubungan seks bebas
Untuk mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.