Anonymous
4 tahun
Keputihan warna kuning setiap hari
Sy wanita brumur 23 thun ingin brtanya. Apakah punca keputihan berlaku pada setiap hari. Keputihan sy bewarna kuning setiap hari. Sblum ini prnah mglami jgkitan yis. Setelah hbis consume ubat dri doktor. Gatal dah kurang dan tiada ketul2 lagi. Ttapi kputihan still warna kuning cair pekat. Dan apabila mghampiri due period. Kegatalan kembali sperti trjd jangkitan mcm sblum ini sy trasa dlm kmaluan gatal dn membengkak. Apa perlu sy buat ya?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah anda :
- Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
- Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
- Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
- Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
- Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
- Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
- Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
- Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
- Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
- Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.