
Sulit
4 tahun
Keputihan yang cair seperti air
Saya wanita 18 tahun sering mengalami keputihan seperti air…cair dan bukanlah bertekstur seperti putih telur, kadang2 rasanya seperti haid adakah normal keputihan seperti ini doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda mengenai gejala yang dialami. Untuk pengetahuan anda, setiap orang mempunyai konsistensi yang cecair faraj yang berbeza mengikut keadaan. Selain itu, kami kurang jelas dengan kenyataan “seperti haid” yang dinyatakan oleh anda.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Terdapat cecair berbau keluar dari faraj
- Sakit perut atau ari-ari
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Gangguan kitaran haid
- Gatal-gatal di kawasan kemaluan
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada gejala yang dialami oleh anda adalah normal ataupun bukan dan maklumat lanjut mengenainya perlu diketahui. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.