Sulit
2 tahun
Keputihan yang keluar
Saya wanita sudah yang sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Masalah saya adalah saya mengalami keputihan yang cair, banyak, warna kekuningan dan ada sedikit bau yang tidak enak. Saya telah ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doc telah memberi ubat insert clotrimazole 500mg.
Keputihan kurang seminggu. Tapi after seminggu,keputihan keluar semula cair, banyak dan ada bau yang tidak enak.
Boleh kah saya ke farmasi untuk membeli clotrimazole ini?
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami anda mengalami masalah keputihan yang berwarna kekuningan dan berbau. Anda juga telah mendapatkan rawatan di klinik yang mengurangkan keputihan selama seminggu. Anda ingin mengetahui sekiranya anda boleh membeli ubat clotrimazole di farmasi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah keputihan boleh disebabkan oleh jangkitan pada sistem reproduktif. Antaranya :
- Jangkitan chlamydia
- Bacterial vaginosis
- Vaginitis
- Jangkitan candidiasis
- Penyakit radang pelvis
- Penyakit kelamin
Kami tidak dapat memberikan anda kepastian mengenai rawatan untuk masalah keputihan anda tanpa maklumat lanjut mengenai sejarah perubatan anda dan punca masalah keputihan anda. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk mengetahui jika rawatan anda perlu dilanjutkan ataupun ditukarkan kepada rawatan yang lebih sesuai. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor pakar sakit puan kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.