Tasya
7 tahun
Keputihan yang teruk dan mengandung
saya mempunyai keputihan yang sangat teruk , berbau dan gatal , bila saya bersama suami , suami pun turut rasa kegatalan keputihan saya . dan bau pun sangat tidak menyenangkan . sekarang saya mengandung , saya risau akan kandungan saya jika ia dijangkitk . bagaimana saya harus lakukan ?
7 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan anda.
Dalam situasi anda, ia kelihatan seperti keputihan disebabkan penyakit. Ia dikira normal jika ia tidak berbau, tiada kegatalan dan berwarna putih atau krim. Keputihan semasa mengandung yang tidak normal mungkin tanda jangkitan vagina yang perlu diberi perhatian dan rawatan segera agar tidak beri kesan pada kandungan anda.
Sebenarnya, keputihan semasa hamil adalah perkara yang normal. Keputihan yang normal biasanya disebabkan oleh fisiologi badan yang normal seperti ovulasi dan sebelum haid. Tetapi jika keputihan itu juga disertai dengan gatal-gatal, rasa panas pada kulit semasa kencing, berwarna lain dan berbau kuat, ibu hamil mungkin mengalami jangkitan vagina dan memerlukan rawatan.
Antara contoh jangkitan yang boleh menyebabkan keputihan yang berpenyakit ialah bacterial vaginosis, trichomoniasis dan juga jangkitan yis. Dalam bacterial vaginosis, bakteria akan berkembang dengan banyak di dalam vagina. Antara tanda-tandanya ialah jumlah keputihan semasa mengandung yang banyak, keputihan berwarna kelabu, berair dan berbau hanyir.
Tetapi hanya sesetengah pesakit akan menunjukkan kesemua tanda-tanda ini. Trichomoniasis pula adalah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh organisma protozoa dan boleh tersebar melalui hubungan seks. Protozoa boleh bertahan selama 24 jam di tempat yang lembap seperti tuala basah, atau peralatan mandi lain yang boleh menjadi tempat organisma ini berkembang. Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan agar kandungan anda tidak mendapat jangkitan ini ketika bersalin.
7 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda. Ketika wanita berhamil, dicaj daripada faraj akan bertambah kerana tubuh anda juga mempunyai perubahan selepas mengandung. Discaj faraj yang normal bagi seorang wanita juga dipanggil leukorea. Discaj ini biasanya berwarna keputihan, cecair dan mempunyai sedikit bau sahaja. Discaj faraj yang abnormal mempunyai adalah berbau yang tidak menyenangkan, warna boleh termasuk keputihan ataupun kekuningan bergantung kepada jenis jangkitan anda.
Untuk menentukan jenis jangkitan yang dialami, sila mendapat pemeriksaan daripada doktor anda. Vaginal candidiasis adalah disebabkan pengganguan mikrorganisma yang terdapat dalam faraj anda. Mikroorganisma seperti kuman dan yis hidup secara simbiotik dalam faraj anda. Sekiranya populasi yis bertambah kerana beberapa faktor, maka ia akan memberikan anda vaginal candidiasis. Ia mungkin mengakibatkan kegatalan zakar suami anda. Bagi jangkitan sebegini, ia tidak akan menjangkiti kandungan anda. Tetapi hal ini adalah benar bagi jangkitan vaginal candidiasis dan bukan jangkitan lain.
Pada pendapat saya, anda pergi berjumpa dengan doktor sakit puan untuk mendapat diagnosis dan rawatan yang efektif. Anda tidak digalakkan mencuci faraj anda dengan air ataupun sabun kerana ini akan menjejaskan lagi keseimbangan populasi mikroorganisma dalam faraj anda. Selain itu, pakailah seluar yang tidak ketat dan bukan dibuat daripada kain jenis sintetik. Semoga saya menjawab soalan anda.


































