
Sulit
5 tahun
Keputihan yg berpanjangan
Sy ada masalah keputihan yg berlarutan & banyak, berasa gatal, panas/pedih dibahagian alat sulit, telah pergi ke klinik utk mendapatkan rawatan beberapa kali, telah menggunakan antibiotik & vaginal tablet (tetapi keputihan berkurang 2 3 hari sahaja dan mula banyak serta berlarutan semula). Doc Sudah ambil sample vagina & result adalah candida albicans, masalah ini sudah berlarutan dari awal tahun ini. Sekarang sy sudah tiada lagi temujanji dengan doc sebab doc kata tiada apa-apa, tapi saya masih lagi mengalami keputihan tidak normal ini. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, selain pengambilan ubat yang diberikan doktor anda, antara langkah penjagaan kemaluan bagi mengurangkan masalah ini adalah dengan:
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.