nordyiya1990
4 tahun
Keputitan berwarna coklat dan kelabu
Saya wanita berumur 29 tahun…telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak…baru-baru ini saya mengalami keputihan yang teruk yang berwarna coklat kekelabuan dan mengeluarkan bau yang hanyir…adakah tanda kanser?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Ciri-ciri keputihan fisiologik ialah:
- Lendir yang cair dan tidak melekat
- Berwarna putih atau krim
- Tiada bau
- Jumlah yang sedikit
- Hanya semasa subur dan sebelum haid
- Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Jumlah yang banyak
- Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
- Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Anda mungkin dijangkiti kulat dan memerlukan rawatan anti kulat dengan segera supaya masalah ini tidak menjadi lebih teruk.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.