
Sulit
3 tahun
Keputusan RTK anak saya negatif tetapi ada gejala
Anak saya berumur 2 tahun 11 bulan demam, muntah, sakit kepala, cirit-birit dan kurang selera makan. Keputusan RTK petang tadi adalah negatif. Adakah dia patut mengambil swab PCR?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anak anda alami tersebut, demam, muntah, sakit kepala, cirit-birit dan kurang selera makan adalah masalah pada sistem pencernaan anak anda. mungkinnya disebab oleh beberapa perkara, contohnya jangkitan pada usus dan penyahhidratan, keracunan makanan, sindrom iritasi usus, penyakit radang usus, intoleransi laktosa dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.