
Sulit
3 tahun
Keputusan saringan kendiri covid 19 yang samar samar
Selamat tengahari. Saya wanita 23 tahun. Baru baru ini saya ada lakukan saringan inisiatif kendiri covid 19 yang saya telah dapatkan di premis berdekatan. Saya lakukan ujian mengikut garis panduan yang disediakan dan saya mendapati selepas lebih kurang 5-10 minit terdapat satu garis tunggal (single line) yang sangat samar…antara nampak dan tidak nampak (seperti bayang2 pun ada) pada penanda T sedangkan penanda kawalan © adalah sangat jelas. Saya tiada simptom dan orang di sekeliling saya juga tiada apa2 simptom. Adakah saya positif atau garisan tunggal itu adalah sebahagian daripada alat tersebut (sensor marker cthnya)? Saya mengharapkan jawapan dr kerana saya berasa sangat risau dan saya mengharapkan saya negatif. Terima kasih banyak2 dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala COVID-19 yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau
Kembali kepada soalan anda, jika anda masih tidak pasti selepas ujian COVID-19, anda perlu mengambil ujian saringan semula ataupun anda boleh merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini