
Sulit
5 tahun
Keputusan ujian darah menunjukkan ca125 dan ca199 level agak tinggi
Hai, saya wanita berumur 25 tahun. Boleh saya tahu, Apakah indikator bagi ca125 level 39.6 dan ca199 level 46.5?
Cholesterol level sy agak tinggi iaitu 9.1 boleh doktor bantu saya utk siasat tentang keputusan ujian darah sy? Adakah hal ini menunjukkan sy perlu membuat diagnosis lanjut atau tidak. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai.
Melalui semua maklumat yang anda berikan, saya galakkan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat lanjut. Ca 125 dan Ca 19-9 sememangnya tumout marker, namun ia bukan indikator bagi pakar perubatan untuk membuat keputusan. Oleh itu, amat disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Bagi masalah kolesterol anda, ia agak tinggi. Kebiasaanya doktor akan menggalakkan anda untuk menjalani perubahan hidup seperti bersenam dan menjaga pemakanan bagi mengawal kolesterol anda. Sekiranya tidak berjaya barulah mereka memberi ubat. Namun begitu, ini bergantung kepada keputusan doktor setelah pemeriksaan dilakukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.