Sulit
5 tahun
Keputusan ultrasound bayi dalam kandungan
Saya baru sahaja menjalani imbasan ultrasound dan saya perasan pada keputusan ultrasound yang diberikan tertulis ukuran humerus bayi kecil daripada keputusan ultrasound sebelumnya…adakah mungkin ini satu kesalahan teknikal kerana sebelum ini pernah berlaku kesalahan teknikal dalam keputusan ultrasound saya kerana ianya dimasukkan secara manual kemudian di print.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kami tidak boleh mengulas lanjut berkenaan dengan ukuran humerus kerana tidak ditunjukkan dalam bentuk perbandingan angka. Tambahan pula, kami tidak mengetahui keputusan sebenar imbasan ultrasound anda. Masalah humerus mengecil ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah pada pembesaran pada bayi
- Ralat pada bacaan ultrasound
- Ralat ketika mengambil bacaan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) ataupun (DoctorOnCall EPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Terima kasih





































