
cheritachucks
5 tahun
Keracunan Makanan dan Cirit Birit
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Doktor.
Saya mengalami muntah dan cirit birit 2 hari lepas. Saya telah pergi ke klinik dan mendapatkan ubat.
Saya hanya muntah pada hari pertama sahaja sebanyak 4 kali. Setelah mengambil ubatan yanh telah diberi saya tidak lagi muntah cuma berasa mual dan loya.
Saya ingin bertanya kepada Dr adakah normal untuk pesakit yang mengalami keracunan makanan cirit dan najisnya cair dan berwarna hijau gelap? dan apa yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?
Sekian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, perkara ini boleh berlaku kepada segelintir pesakit.
Anda disarankan:
- minum air yang mencukupi
- makan makanan yang sihat
- makan makanan yang dimasak dengan sempurna.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.