
Anonymous
6 tahun
Keraguan tentang period
Saya wanita berumur 20-an. Merupakan seorang ibu tunggal. Pada bulan lepas (april), saya telah didatangi haid pada kira-kira 28hb dan bersih pada 4hb mei.
Selang 6 hari kemudian, saya didatangi tanda-tanda period. Keluar darah secara sederhana. Tidak terlalu dan tidak terlalu sikit.
Malangnya, perkara itu berlarutan sehingga ke hari ke 4. Kebiasaannya, period akan menjadi lancar setelah 2hari keluar tanda. Tetapi kali ni tidak.
Tambahan lagi, pada hari kebiasaannya, ketika bukan masa period, saya sering mengalami ketidak selesaan di bawah alat sulit. Seakan-akan ada sesuatu yg membuatkan saya tidak selesa. Kadang-kadang dalam keadaan duduk pon sakit.
Adakah ini berkaitan? Dan adakah merbahaya? Apa perlu saya lakukan?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda.Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa penyebab haid tidak teratur. Antaranya:
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Untuk mengatasi masalah tersebut anda haruslah:
Mengurangkan berat badan
Kawalan diabetes
Pengambilan pil hormon
Mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat
Sekiranya anda mempunyai keraguan, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih