
Sulit
3 tahun
Kerak susu pada lidah baby
Baby girl saya berumur 6bulan lebih…lately ni kerak susu pada lidah baby semakin menebal dan berwarna agak kekuningan…setiap hari saya cuba membersih lidah baby menggunakan tongue cleaner dan air suam tapi baby saya menolak dan menangis setiap kali hendak dicuci…baby kelihatan agak tidak selesa dan selalu menjelirkan lidahnya. Soalan saya, ada ubat yang sesuai ke untuk masalah kerak susu ni doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, putih di lidah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat jangkitan kulat
- Sisa susu
Oleh itu, anda perlu memastikan sama ada lapisan itu adalah lapisan susu ataupun jangkitan kulat. Jika anda tidak pasti, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.