
Sulit
3 tahun
Kerap batuk selepas dose kedua
Saya wan, lelaki, umur 28.saya ada masalah sikit selepas dose kedua. Dose pertama saya tidak ada apa2 gejala.selepas dos kedua (19.8.2021)saya memgalami batuk2 yang kerap,Tekak rasa gatal.sebelum ni saya tak pernah rasa gatal mcm ni.selepas dose kedua lebih kurang 1 jam setengah tiba2 tekak saya rasa gatal dan kerap batuk sehingga sekarang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda mengalami tersebut adalah kesan sampingan biasa untuk vaksin Covid. Kesan sampingan umum vaksin Covid termasuk:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi. Sejikanya diperlukan, anda boleh ambil ubat yang ditetapkan oleh doktor anda.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk atau tidak sembuh, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link in untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini