
Anonymous
5 tahun
Kerap berak berdarah dan baru2 ini najis warna hijau
Hi , Saya nak tanya berkenaan masalah yang saya hadapi . Saya kerap berak berdarah . darah akan keluar tanpa henti selepas najis keluar dan saya tidak merasa sakit langsung ketika membuang air besar . darah akan keluar selepas najis . dan baru2 ini saya melihat najis saya berwarna hijau . apa yang patut saya lakukan ? sebab saya tak merasa kesakitan langsung ketika berak atau selepas berak .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Luka akibat sembelit
- Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
- Fisur dubur (anal fissure) – selalunya disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
- Ulser peptik
- Radang usus
- Kanser kolorektal
Najis hijau pula biasanya disebabkan oleh pengambilan sayuran hijau yang sangat banyak dalam diet seseorang kerana klorofil yang terdapat dalam tumbuhan yang menghasilkan warna hijau. Selain itu, penyebab lain ialah:
- Pigmen hempedu - najis boleh menjadi hijau disebabkan oleh pigmen hempedu dalam najis
- Antibiotik – sesetengah antibiotik yang tertentu boleh mengubah jenis-jenis bakteria yang ada dalam usus.
- Parasit dan bakteria
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.