
Sulit
4 tahun
Kerap berasa berat di kiri dada
saya kerap berasa berat di kiri dada, kdg2 jer rasa di kanan dada. tapi apa yang saya perasan, setiap kali terasa berat di dada Akan ada bintik2 merah di kawasan yg saya berat di dada… sebelum ini byk kali check di klinik kesihatan, buat ecg. Namun kata doktor, hanyelah gastrik angin. Namun masih terasa berat disusuli dgn gatal di tmpt bintik2 merah tsebut. mengape ye doktor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda berasa berat di dada seperti:
- anxiety
- kemurungan
- asid refluks
- pericarditis (keradangan lapisan luar jantung)
- serangan jantung
- pneumonia (jangkitan paru-paru)
- paru-paru kecut
- embolism pada salur darah paru-paru
- keradangan pada tulang rusuk
- batu hempedu
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi