
hanaazainol
5 tahun
Kerap berasa letih lesu penat lelah
Saya wanita, 25 tahun, berat 38kg, tinggi 160cm. Tiada masalah astma, lelah, penat. Tapi saya cepat berasa mengah, lelah dan penat. Jantung saya juga berdegup kencang ketika saya mengah, lelah dan penat. Sering lenguh tulang terutama di bahagian belakang leher dan tulang belakang. Ketika tarik nafas, sedikit terganggu di bahagian dada.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, BMI yang dikira untuk anda adalah sangat rendah. Ditambah dengan gejala yang anda alami, beberapa faktor mungkin menyebabkan keadaan anda seperti:
- Penyakit tiroid - seperti hipertiroid
- Anemia - kurang sel darah merah akibat kurang zat besi, asid folic serta vitamin
- Kesan kurang berat - ia akan mengganggu kitaran hormon termasuklah insulin (hormon yang mengawal gula)
- Jangkitan kuman - seperti tibi yang juga boleh merebak ke tulang belakang
- Ketumbuhan - seperti kanser tulang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.