
Sulit
4 tahun
Kerap berdebar dan dada rasa sempitciri
Sy wanita berusia 35 tahun.beberapa hari ni sy kerap rasa berdebar dan rasa mcm dada sempit …sy ada suami stroke.sejak negara kita dilanda covid19 sy terlalu takut memikirkan keadaan suami sy memandangkan suami sy golongan mudah utk dijangkiti.ketakutan itu kadang2 smp sy sakit perut dan cirit birit.adakah normal begitu?adakah cara utk atasi masalah sy.tq dktr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Malangnya, saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami. Masalah cirit birit dan sakit perut atau masalah risau mengenai keadaan negara kita yang mengalami COVID-19?
Sekiranya untuk masalah cirit-birit dan sakit perut, saya tidak boleh untuk memberikan rawatan. Hal ini kerana saya tidak pasti sebab masalah anda itu. Untuk makluman pihak anda, cirit birit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keracunan makanan
Jangkitan virus seperti rotavirus
Kesan sampingan ubat-ubatan
Alahan kepada makanan
Radang usus
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.