
Sulit
4 tahun
Kerap berdebar Dan Tak selesa, pagi mesti cirit lebih 2x badan lemah
Saya tak sihat dari 5hb april , bila pergi klinik Dan hospital smua normal
Saya ada history tyroid
Result tyroid ok normal
Tpi Saya still Tak berapa.sedap badan dgn debar dtg on off
Doc bgi ubat propanol bila perlu, bdn still cm lemah
Pagi mesti debar Dan cirit lbh 2x . Selera mkn pula terganggu, pagi mlm msti sendawa angin
Bila nk muntah xmuntah pula
Kat bahagian dahi Ada grisan line kurus tgh lekuk sedikit
.apakah masalah sy doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah tiroid
- Masalah psikologi:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Tekanan emosi atau stres
- Masalah penghadaman
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Namun begitu, sukar untuk kami katakan punca sebenar mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut perihal kesihatan jantung, sila hubungi kami pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor kami secara PERCUMA. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!