
hyperalif99
4 tahun
Kerap Berhalusinasi … … … … …
Saua seorang lelaki berusia 21 tahun. Kebelakangan ini, saya kerap melihat sesuatu yang tiada, contohnya saya berasa seperti ada kucing di sebelah saya namun tiada apa disitu. Apakah punca saya berhalusinasi? Perlukah saya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan?

5 tahun
Terima kasih atas soalan anda,
Halusinasi merupakan terma bagi merujuk kepada gangguan persepsi yang membuat seseorang mendengar, merasa, mencium aroma, dan melihat sesuatu yang sebenarnya tidak wujud.
Punca bagi masalah ini pelbagai. Contohnya:
- Schizophrenia
- Pengambilan dadah atau minuman alkohol secara berlebihan
- Ketumbuhan otak
- Masalah hormons
- Tertekan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah halusinasi ataupun delusi ini memerlukan pemeriksaan rapi oleh pakar psikiatri kerana puncanya perlu diketahui dan dirawat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh bawa ayah anda untuk pemeriksaan oleh doktor pakar bagi mengenalpasti punca tersebut. Terima kasih.