
Sulit
3 tahun
Kerap berpeluh dalam cuaca yang panas . Baru buat kerja sikit sikit pun kadang kadang dah berpeluh
Saya kerap berpeluh dalam cuaca panas… atau pun baru buat kerja sikit² dah berpeluh… normal kah itu?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Umumnya fungsi kelenjar peluh seseorang individu itu bergantung kepada kadar metabolisme tubuh, regulasi suhu tubuh dan pelbagai faktor yang lain. Lazimnya semakin tinggi aktiviti atau suhu tubuh seseorang semakin kerap ia akan berpeluh.
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.