
Sulit
4 tahun
Kerap bersin dan hidung tersumbat
Saya wanita berumur 21 tahun kerap bersin dan hidung tersumbat sejak di bangku sekolah. Ubat juga diambil apabila saya menghidapi demam,tetapi hanya bertahan tidak lama. Tiap pagi saya akan mula bersin dengan teruk. Hampir 80% dalam aktiviti harian saya bernafas melalui mulut dan itu telah timbul ketidak selesaan saya lebih lagi apabila mask dipakai. Cadar setiap minggu juga akan dibasuh. Bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kerap bersin dan selesma setelah sekian lama serta anda kerap bernafas melalui mulut. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda iaitu:
- Penyakit alahan ruangan hidung (allergic rhinitis)
- Keradangan sinus yang kronik (Chronic sinusitis)
- Hidung yang sensitif dengan perubahan cuaca atau suhu
- Keradangan ruangan hidung (Nonallergic rhinitis)
- Ketumbuhan polip dalam hidung
- Jangkitan kuman pada ruangan hidung atau sinus (recurrent infections)
- Stress atau masalah tiroid
- Alahan pada makanan atau ubat.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan atau anda mengalami simptom yang lain seperti:
- Hidung berdarah
- Kelegaan yang tidak dapat dicapai
- Sakit tekak atau tonsil bengkak
- Batuk kering atau basah
- Batuk darah
- Sesak nafas
- Demam, muntah dan loya
- Sakit sendi atau keruaman pada kulit
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Sementara itu, anda boleh mencuba yang berikut untuk melegakan masalah hidung tersumbat serta bersin anda di rumah dengan:
- Menjauhi daripada bahan yang mempunyai alahan
- Jaga kebersihan diri secara am
- Lakukan senaman sekiranya boleh untuk memlancarkan salur penafasan anda
- Elakkan makanan yang mempunyai alahan
- Kurang stress dan cukupkan tidur
- Banyakkan makan makanan bervitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Untuk mengetahui lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.