
najihahain005
5 tahun
Kerap buang air besar dalam bentuk cecair tapi sikit-sikit
Salam, saya baru berusia 20 tahun dan sedang belajar. Kebelakangan ini saya kerap buang air besar tetapi dalam bentuk cecair dan jumlah nya sikit. Tapi kerap. Ini sangat mengganggu masa saya untuk alang alik ke tandas. Saya juga suka makan mi segera dan makanan pedas. Adakah itu penyebabnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham anda tentu risau dengan simptom yang anda alami. Untuk makluman anda, berak cair boleh disebabkan oleh pemakanan seperti memakan makanan pedas. Masalah seperti kekurangan air dalam badan dan sembelit juga boleh menyebabkan berak cair.
Namun begitu, masalah lain yang lebih serius juga boleh menyebabkan perkara ini. Antaranya:
- Masalah penghadaman seperti radang usus
- Jangkitan bakteria di dalam usus
- Ulser usus
- Luka pada dubur
- Usus tersumbat
- perut yang sensitif seperti irritable bowel syndrome
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda serta pemeriksaan perlu dijalankan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini. Sila ke klinik atau hospital dengan segera sekiranya anda mendapat simptom seperti najis berdarah, cirit-birit, muntah, demam atau sakit perut yang teruk.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.