mrsyariel
6 tahun
Kerap buang air kecil, kaki kering
Salam Dr, kalau kerap minum air suam memang kerap buang air kecil ke? air kencing bewarna putih jernih, tapi kerap membuang. Saya juga ada masalah kaki kering, kulit kering putih, tp bila di bilas hilang. Saya juga alami kebas di peha jika kerap berjalan atau berdiri.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Untuk masalah kaki kering, saya sarankan anda memakai pelembab untuk membantu kulit mengelakkan kulit anda kering. Untuk masalah sering kebas di kaki, biasanya masalah kebas biasanya berkaitan dengan saraf. Namun begitu ia boleh juga disebabkan oleh masalah lain di kawasan sekitarnya yang menggangu saraf bahagian tersebut seperti masalah salur darah, otot dan juga tulang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































