
Sulit
4 tahun
Kerap cramp di seluruh badan
Saya perempuan berumur 25 tahun. Ketinggian saya 165cm dan berat 50kg. Saya kerap cramp di bahagian kaki, betis, peha, dada, tangan, bahu. Dalam sehari akan cramp dalam 2-3 kali. Biasanya selepas bangun tidur atau mandi, saya akan cramp di dada yang mengakibatkan tangan saya akan sakit sebelah. Bila cramp di bahagian dada, saya sukar sedikit untuk bernafas dan bergerak. Saya juga dapati bila tengah cramp di dada, saya tekan di bahagian dada yang cramp dan akan rasa sakit yang pedih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kekejangan otot atau muscle cramp.
Untuk pengetahuan anda, kekejangan otot boleh jadi biasa dan boleh jadi serius serta menandakan penyakit penyakit lain. Antara sebab kekejangan otot berlaku adalah:
- Penggunaan otot yang berlebihan (terlalu banyak senaman)
- Dehidarsi atau kekurangan air dalam badan
- Kekurangan nutrisi seperti calcium, potasium, sodium dan magnesium
Kekejangan otot juga boleh terjadi akibat daripada penyakit berikut:
- Masalah kurang tiroid
- Masalah saraf tunjang yang tersepit
- Alkohol berlebihan
- Kegagalan buah pinggang
Disamping itu, saya lebih merisaukan tentang gejala sakit dada anda kerana ia boleh menandakan penyakit jantung dan boleh membawa maut sekiranya rawatan awal tidak diterima. Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya sakit dada ini berulang berkali kali. Tambahan, jika anda mengalami gejala berikut, sila bersegera berjumpa doktor:
- Sakit dada sehingga sukar bernafas
- Sakit merebak ke bahagian bahu, tangan, dan rahang
- Sakit yang mencucuk
- Sakit dada ketika berjalan dalam jarak yang pendek atau berehat
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi