Sulit
5 tahun
Kerap dahaga setiap bgn tidur
assalamualaikum doctor. saya ingin setiap kali terjaga or terbangun dari tidur saya kerap dahaga dan haus yg luar biasa sampao kan tekak saya terasa sakit sangat2 sedangkan setiap hari sy minum air melebihi 3L. boleh bagi perjelasan tak. tq doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, semasa tidur, kelenjar air liur anda akan kurang menghasilkan air liur. Oleh itu, mulut anda akan kering. Sekiranya anda tidur dalam bilik berpenghawa dingin, ini akan mengeringkan saluran pernafasan dan mulut anda dengan lebih kerana udara kering yang dihasilkan. Oleh itu, boleh elakkan penghawa dingin atau pastikan anda memasang ‘air humidfier’ untuk melembapkan udara yang anda hirup.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.






























