
Sulit
5 tahun
Kerap Demam Batuk dan Selesema
Saya mempunyai anak berumur 1 Tahun 6 Bulan, semenjak masuk umurnya 1 Tahun, anak saya kerap demam dan mengalami gejala batuk dan selsema yang berpanjangan. Soalan saya, adakah puncanya daripada cacing dalam tubuh? Baru-baru ni anak saya sakit mata. Saya terfikirkan adakah ada cacing dalam tubuhnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jangkitan cacing dalam badan tidak menunjukkan tanda yang spesifik. Antara simptom yang akan dialami oleh pesakit adalah seperti berikut
- Sakit perut.
- Muntah.
- Cirit-birit (kemungkinan mengandungi darah)
- Pucat (kurang darah).
- Hilang selera makan.
- Susut berat badan.
- Bahagian akhir usus besar terkeluar ( Rectal Prolapse).
- Pembesaran terencat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.