
Sulit
4 tahun
Kerap demam pada waktu malam
Saya wanita berumur 22 tahun. saya pelik sebab setiap kali malam mesti badan saya akan bertukar menjadi panas tetapi berasa sejuk dan menggigil. sudah 2 malam termasuk malam ini. pada waktu siang, saya aktif dan tidak mengalami sebarang masalah ksihatan. demam ini secara tiba-tiba menyerang secara perlahan-lahan. antara simptom lain : demam, jantung berdegup laju, agak pening kepala dan kerap kencing. mohon penjelasan Dr. apa masalah saya, adakah normal atau berbahaya, dan rawatan apa yang saya perlukan? Terima kasih Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.