
Anonymous
6 tahun
Kerap kali mengalami Ketumbit (eye stye)
Saya seorang pemuda berumur 22 tahun.Saya mengetahui penyakit ketumbit merupakan suatu penyakit yg biasa dan hampir semua org pernah mengalaminya.Akan tetapi saya seringkali menghadapi ketumbit.Hampir setiap 2bulan saya pasti mengalami masalah ketumbit.adakala kedua dua belah mata saya serentak naik ketumbit.Adakala satu mata naik 2biji ketumbit.Saya sgt berasa mali utk berhadapan dgn orang ramai.Bg pandanan doktor apa punca saya begitu kerap mengalami ketumbit dan apakah rawatan yg perlu dilakukan .terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami masalah yang anda sedang hadapi. Masalah ketumbit yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- infeksi kelopak mata
- dermatitis alergik
- kelainan kongenital saluran air mata
- tumor di saluran air mata
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih