
Sulit
5 tahun
Kerap keluar ketulan darah pada kemaluan
Saya Fadira dari kelantan.Saya ingin bertanya tentang pendarahan vagina.Saya selalu mengalami masalah keluar ketulan darah dengan cairan darah melalui faraj pada masa yang tidak menentu walaupon sudah habis waktu haid…Bila ia berlaku pinggang saya akan terasa sakit.Sudah 2 bulan ia berlarutan dan sekarang ia kerap berlaku.Apakah masalah atau penyakit yang saya alami??Terima Kasih doctor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kerap keluar ketulan darah dari faraj anda ini memerlukan pertanyaan lebih soalan-soalan dari kami sekiranya hendak membuat diagnosis secara konklusif. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, gejala ini boleh disebabkan oleh pelbagai punca namun bagi benar-benar mencari puncanya, maklumat tambahan dan pemeriksaan diperlukan. Selain dari faktor-faktor yang dinyatakan, antara punca bagi masalah ini adalah:
- Endometriosis - Ketumbuhan sel lapisan rahim di organ lain
- Fibroid dalam rahim
- Kanser serviks/rahim
- Jangkitan dalam rahim
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.