
Sulit
4 tahun
Kerap kencing adakah tanda sakit gonor?
Saya lelaki berumur 27 tahun belum berkahwin. Saya kerap kencing adakah saya terkena penyakit gonor?? Apa perlu saya jumpa doctor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kekerapan kencing seseorang dipengaruhi oleh jumlah air yang diminum dan juga faktor cuaca persekitaran. Sekiranya kekerapan bertambah seiring dengan cuaca sejuk dan pengambilan air yang banyak, ianya tidak perlu dirisaukan.
Namun kerap kencing yang disertai gejala lain seperti di bawah, perlu di ambil perhatian kerana ia boleh memberikan tanda penyakit lain:
- Sukar untuk memulakan kencing
- Air kencing bertukar warna seperti merah dan lain lain
- Sakit ketika kencing
- Kencing tersekat sekat
- Kencing yang tidak boleh tertahan
- Air kencing berbuih
Sekiranya anda masih meragui keadaan anda, sila berjumpa dengan doktor di klinik bagi mengetahui keadaan sebenar anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.