
Sulit
3 tahun
Kerap kencing dalam masa satu hari dan air kencing sedikit sahaja
saya berusia 20 tahun, sejak kebelakang ini saya bekerja agak sibuk dan pernah menahan kencing dalam masa yg agak lama. selepas beberapa hari dan minggu saya kerap ke tandas hanya untuk kencing tetapi air kencing yg keluar agak sedikit sahaja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala kerap kencing, antaranya:
- Jangkitan kuman pada pundi kencing
- Gejala penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.