marylynurai
6 tahun
Kerap kencing dan berasa tidak selesa dibahagian kemaluan
Saya wanita berumur 18 tahun. Baru-baru ni saya mendapati bahawa saya kerap mengalami masalah kerap kencing dan berasa tidak selesa dibahagian kemaluan. Keadaan ini akan menyerang secara tiba-tiba. Kadang-kadang tak ada.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kerap kencing yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Penyakit kencing manis jenis 1 atau 2
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Ketumbuhan fibroid dalam rahim yang menekan pundi kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































