
Sulit
4 tahun
Kerap kencing dan ngilu
Hi dr. saya wanita berusia 26 tahun dan sudah berkahwin. Dalam seminggu ni sy kerap kencing dan terasa ngilu di bahagian ari-ari. badan terasa letih dan lemah dan juga kerap tidur… adakah kemungkinan hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangan anda mengenai gejala yang anda alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu boleh mengalami kencing dengan kerap, antaranya:
- Jangkitan salur kencing
- Batu karang
- Kencing manis
- Kehamilan; sekiranya haid anda datang lewat daripada waktunya, anda boleh membuat ujian kehamilan
Antara tanda-tanda jangkitan salur kencing pula adalah:
- Sakit ketika membuang air dan kebiasaannya tidak lawas
- Sakit perut
- Demam
- Lemah badan
- Air kencing mungkin bercampur darah dan nanah
- Muntah-muntah dan loya
Bagi tanda-tanda batu karang pula
- Sakit dan tidak lawas semasa membuang air
- Sakit-sakit di bahagian pinggang dan belakang
- Air kencing mungkin bercampur darah ataupun tidak
Berdasarkan kenyataan yang anda beri, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan segera sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.