Sulit
6 tahun
Kerap kencing dan rasa macam tak puas
Hai doktor sy lelaki berumur lingkungan nak masuk 30an…saya nak tanya pada doktor,saya baru² nie baru je kena bila da hbis kencing msti akn ada rasa macam kencing tu x puas dn akan ada rasa mcm wktu kita tgah tahan kncing…tapi sya kerap juga pergi toilet…rasa nak kencing,air kencing x keluar banyak…tapi rasa nak kencing sgt² tu msti ada bila air kencing da keluar sikit…lepas tu disekitar bawah pertengahan bahagian bola dan batang macam ada rasa gatal² skit bila kencing…mtk bantuan dktor utk mslh saya nie ya…ada x cara yg boleh mnyelesaikan masalah saya nie…tq doktor…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing tidak lawas ini boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau prostat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































