
Sulit
5 tahun
Kerap kencing lepas selalu melancap
saya lelaki umur 28, sy belum berkahwin tetapi selalu melancap, tapi semenjak kebelakgn ini saya selalu kencing dalam kuantiti yang sedikit, kerap ke tandas, selalu rasa nak kencing, tetapi tidak mengeluarkan kencing yang banyak. selalu rasa tidak selesa, tak puas kencing… apa tanda penyakit saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Kebengkakan prostat (benign prostatic hyperplasia)
- Trauma kepada alatan kemaluan
- Benda asing dalam saluran kemaluan
- Masalah saraf bahagian pundi kencing
- Batu pada saluran kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.