alisasofea70
2 tahun
Kerap kencing malam dan bawah perut kiri berdenyut
Hello doktor. Saya wanita berumur 19. Saya kerap merasakan ingin kencing pada waktu malam. Lepas kencing, tak sampai 1 jam, rasa nak kencing lagi. Kuantiti air kencingnya tak banyak. Kadang2 terasa air kencingnya panas. Tapi waktu pagi saya okay je. Dan sejak kebelakangan ni, saya dapat rasakan bahagian bawah pusat sebelah kiri saya sering berdenyut, menyebabkan saya semakin kerap untuk pergi ke tandas. Lagi2 semasa saya baring, saya dapat rasa macam ada tekanan di bawah perut, menyebabkan saya nak kencing. Boleh doktor terangkan apa masalah yang dihidapi saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami kekerapan kencing pada waktu malam, rasa berdenyut pada bahagian ari-ari serta tekanan pada kawasan tersebut. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, simptom yang anda alami noleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya adalah:
- Jangkitan pada salur kencing
- Batu karang
- Jangkitan pada ginjal
- Kelemahan lantai pelvis
- Kecederaan pada saraf kencing
- Obesiti
Berikut merupakan senarai umum bagi simptom yang anda alami. Namun, kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan atau diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Kami mencadangkan jika simptom ini semakin teruk atau mempunyai perubahan pada warna air kencing, sila rujuk kepada doktor. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.