
Anonymous
5 tahun
Kerap kencing pada waktu malam
Sy wanita berusia 34 tahun… masalah sy apabila sy terlalu kerap bangun malam utk ke tandas kerana tidak tahan utk kencing… pd siang hari sy sangat jarang utk ke tandas… masalah dia bermula pada hari malam dan kdang2 mengganggu sy utk tidur… sy tidak mengalami apa2 sakit ketika kencing… adakah itu normal…?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kerap kencing diwaktu malam ini boleh disebabkan:
- Banyak minum air diwaktu siang atau malam
- Minum minuman berkafein diwaktu malam - seperti teh atau kopi
- Keradangan pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Pundi terlebih aktif - “overactive bladder”
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.