salinakarim24
6 tahun
Kerap kencing pada wktu malam
Saya wanita berumur 29 setiap malam hampir 7 kali saya g tandas dalam sehari…kadang-kadang nak tidur pun tak berapa selesa setiap pergi tandas…kalau ikutkan saya jenis kurang minum air…setiap malam ibarat tandas dengan saya tak boleh dipisah kan…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Saya mencadangkan agar anda merujuk masalah anda ini kepada hospital agar pemeriksaan dan ujian untuk mengenal pasti punca gejala yang anda hadapi serta dirawat dengan betul dan tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































