
Sulit
3 tahun
Kerap kencing, sakit belakang dan sakit kiri abdomen
saya perempuan berumur 20 tahun. sejak kebelakangan ini, saya kerap kencing belum sampai beberapa minit sudah ingin ke tandas. saya juga berasa sakit belakang dan bahagian kiri abdomen saya.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami ketidakselesaan anda berkenaan gejala sering ingin ke tandas untuk kencing, yang disertai gejala sakit belakang dan bahagian kiri abdomen. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala kerap kencing, sakit belakang dan abdomen boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- inflamasi pada saraf
- ketegangan otot
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- jangkitan saluran kencing
- pyelonephritis - lazimnya disertai gejala demam
- batu karang
- ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.