
Sulit
3 tahun
Kerap kencing semasa haid
saya dalam lingkungan 23 tahun dan saya sentiasa period tidak teratur . jika saya period saya kerap untuk kencing

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui penjelasan anda diatas, anda mengalami masalah kerap kencing semasa haid. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Jangkitan kuman pada pundi kencing
- Gejala penyakit kencing manis
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.