
Sulit
4 tahun
Kerap Kencing tak kira waktu..minum air lebih sikit pasti akan rasa hendak terkencing..sehingga takut umtuk minum banyak
Saya lelaki berusia 29 tahun…sy ingin bertanya…kenapa sy kerap terkencing…kadang tak sampai setengah jam terkencing lagi…masalah ni sudah agak lama…apakah penyakit yang saya alami ini ye doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan tentang masalah kerap kencing yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, gejala kerap rasa ingin kencing ini boleh disebabkan oleh masalah serius atau tidak. Oleh itu, saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Hal ini kerana gejala kerap rasa ingin kencing boleh disebabkan:
- Keradangan saluran kencing dan buah pinggang - akibat batu karang/jangkitan kuman
- Kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran dan dapatkan nasihat daripada pakar yang bertauliah