
desliana99
5 tahun
Kerap kencing tapi sedikit
Saya liana 20 tahun, saya mengalami masalah sakit di bahagian bawah perut dan sering kencing tapi hnya sedikit air yang keluar dan setelah itu selang brapa minit lagi mau kencing lagi, dan bagitulah dah masuk 3 hari macam tu, dah datang bulan 2 minggu yang lalu, tpi ketika saya mengalami sakit tu ada darah tapi kadang ada kadang tiada, tpi bila kencing ada juga darah kluar,jadi apakah sebabnya dok?? Apa yg sedang saya alami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Antara penyebab kerap kencing dan kencing berdarah dan sakit adalah:
- Jangkitan kuman dalam mana-mana saluran kencing / Kencing Kotor
- Masalah batu karang di saluran kencing
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.