
Sulit
5 tahun
Kerap kencing tapi tidak banyak, tidak sakit tapi merasa puas lepas kencing
saya umur dalam 23… saya kencing terlalu kerap tapi tidak keluar yang banyak… hanya sedikit sahaja. lepas kencing tu saya menjadi puas & lega…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan, masalah atau kecederaan kepada pundi kencing
Diabetes insipidus
Kedaan yang meningkatkan penghasilan air kencing- pengambilan air, alkohol dan kafein secara berlebihan serta ubat buang air
Perubahan terhadap otot, saraf atau tisu yang memberi kesan kepada fungsi pundi kencing
Segelintir ubat rawatan kanser
Ubat atau minuman yang meningkatkan penghasilan air kencing
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.Terima kasih.