
atynwanyy95
5 tahun
Kerap kencing tiap bulan
Saya wanita berumur 24 tahun, sudah berkahwin tetapi belum mempunyai anak. Saya kerap mengalami masalah kerap kencing. Terasa mcm sudah lama tak kencing tetapi baru 10 minit lepas saya sudah membuang air kecil. Tetapi apabila saya kencing kuantiti air sedikit sahaja dan berasa tidak puas. Saya sudah pergi klinik & doctor ada memberi ubat tetapi masih tak elok lagi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Keadaan kencing dengan kerap ini boleh jadi merupakan salah satu daripada gejala-gejala penyakit seperti penyakit buah pinggang sehinggalah hanya meminum terlalu banyak air. Apabila kondisi ini disertai demam, tidak dapat menahan kencing serta berasa tidak selesa pada bahagian bawah perut, ia berkemungkinan besar merujuk kepada masalah jangkitan pada saluran kencing.
Punca - punca lain yang boleh menyebabkan kencing menjadi kerap termasuklah:
- Kencing manis
- Kehamilan (perempuan)
- Masalah prostat (lelaki)
- Penyakit saraf
- Disfungsi pundi kencing
- Minum terlalu banyak
- Kanser pundi kencing
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.